Renungan.....

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah" (Riwayat Muslim)

Ku Luahkan.....

19 Februari 2011

Setelah sekian lama ku simpan....
makin ku simpan,,,
makin terseksa....

Hari ini aku luahkan pada yang terpendam dalam hati
aku ni....
setelah ku rasa sudah tak tertanggung....
ku luahkan pe yang berlaku kepda orang yang tepat....
orang nie la sentiasa memberi semangt kepadaku,,,,
walaupun kadang2 aku tidak dapat terima pandangannya....

Alhamdulillah...ari ini...ku lega.....
walaupun luka di hati tidak mungkin terubat dengan pantas....
biarkanlah luka di hati ini,,,
kembali kpada asalnya,,,,,
Kembali pada yang empunya......
kembali pada yang 'SATU'...
Alhamdulillah........


Dugaan Demi Dugaan ...Terima Kasih Ya Allah

16 Februari 2011

Minggu ini terasa macm nak pecah kepala..
mcm2 perkara yang perlu handle.....

Bab Mimpi
masalah "mimpi" itu selalu bermain dikepalaku....
xtau la nak cakap....walaupun kita nmpk hepy tapi kat dalam kita je yang tau
aku mintak kepada-Mu supaya dijauhkan daripada mimpi tersebut...

*******************************************************************************

Bab Member
(1)
Xtau la pe masalah seorng hmba ALLAH nie.....
tiba2 jer mintak tlong....xpe la
bila kita wat baek ngan orang InsyaAllah,,,Allah akan tlong kita pulak bila kita ada masalah
xpe la..mungkin ada masalah yang payah untuk diselesaikan
walaupun orang ckap...xde masalah yang xdapat diselesaikan....
tapi aku lak yang mcm dah pecah kepala duk settle masalah dia...

Terima kasih Ya Allah...
permudahkanlah urusanku dan kwanku ini.....

********************************************************************************************
Bab Member
(2)
Petang tadi waktu dalam kelas.....
mula-mula masuk kelas....dah berasap.
sebb account rosak...
tp semangt belajar tetap diteruskan.......tp nk cerita kat sini bukan pasal belajar ker account 2
Tapi...
ada pulak seorang member nie tanya aku.....
dia: ba,aku nk tanye nie...jgan marah ye ( ayah ko xde masa ko bile)
aku: masa aku form 6 (kenapa lak dia tnye pasal ayah,dalam hati)
tiba-tiba sebak dan mula menitiskan air mata....xtahan bile berckp mengenai orang yang kita sayang dah xde...
sambung balik bab borak td
aku: kenapa ko tnye...?
die: ye la mesti ko sedih kan...
aku: mane tak sedihnya....,,ko tahan lagi,,,bile ko balik kg....ko leh tgk mak n ayah ko lagi
aku: tapi aku???? balik jer,,,,dapat tgk muka mak jer..ayah??? (sebak kian terasa dan menangis kembali...
dia: sabar ye ba
aku: aku bukan pe...aku sedihnya.dia (ayah) dah xde belum sempat aku habis belajr dan khwin,,,,
(dalam hti-anak mane yang xsedih bile anak dalam tangungannya dilepaskan kepada orang lain-mksudnya bile dah kwin nant)...
tp waktu 2 tidak berlaku kepadaku bile aku dah kwin nanti.....

aku sayang ayah (encik) aku.......=(((

Terima Kasih Ya Allah...berikan aku ayah yang baik kepadaku.....
Engkau tempatkanlah ayah ku di sisi para solehin....amin
********************************************************************************************

m/s > bile kita keseorangan kita akan teringat pada orang yang kita sayang.....sayangilah mereka selagi mereka masih bernafas...

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

09 Februari 2011


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Sebak rase hati

08 Februari 2011

Ntah nape tibe-tibe jer nk upload video pasal ayah nie
maybe aku teringkat n rindu sangt kt arwah ayah aku...

*****************************************

Terkenang seketika dia bersamaku
tatkala dia menyapa ku
berdiri menantiku........

******************************************

Tapi xsempat dia melihatku...
Dia telah pergi wat selamanya.......
sEbak jugk hati ini...
mengenangkan dikau ayah....

****************************************

maafkan diriku...
jika aku xsebaik anakmu yang lain......
tapi aku bangga mempunyai ayah seperti dirimu
yang xpernah tjuk letih dan lelahmu dalam membesarkan ku....

******************************************

Terima kasih ayah....kerana menjagaku selama ini
walaupun kadang-kadang aku melukakn ati mu....

*****************************************

Disebalik senyumanmu terukir seribu kepahitan...
aku doakan ayahku....
aman di sana.....




ntah bakpe lak...video nie xleh nk upload...xpela.....