Renungan.....

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah" (Riwayat Muslim)

AIRMATA RASULULLAH SAW...

13 April 2010
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Melahirkan guru berketerampilan

11 April 2010

1.0 Pengenalan

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Bagi melahirkan modal insan yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bersedia dari segi mental,emosi,fizikal,sosial serta memiliki peribadi yang baik.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427),keterampilan membawa maksud kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala terampil adalah cekap dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mula diperkenalkan secara bertulis mulai tahun 1988.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu cara usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

(Kementerian Pelajaran Malaysia,1988)

Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana melalui guru atau pendidik di peringkat sekolah,sesebuah negara boleh mencapai matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian segala cabaran yang tersimpul dalam Wawasan 2020 dan era seterusnya.Negara kita perlu memerlukan guru yang unggul bagi membolehkan menangani cabaran-cabaran masa depan.Bagi melahirkan guru yang berkualiti dan berketerampilan seseorang guru perlu bersedia dan peka terhadap perkembangan pendidikan dari masa ke semasa.

2.0 Melahikan guru berketerampilan

2.1.Pengetahuan

Bagi melahirkan guru berketerampilan,seseorang guru itu perlu menguasai ilmu pengetahuan yang luas.Hal ini demikian kerana,penguasaan ilmu sangat penting supaya apabila mengajar kelak dapat membantu guru dari segi persediaan mental dan emosi.Antara perkara penting dari segi aspek pengetahuan untuk melahirkan guru yang berketerampilan adalah pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan pentadbiran,pengukuran dan penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek pembaharuan kurikulum.

2.1.1 Mempelbagai kaedah pedagogi

Pedagogi atau lebih dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran sememangnya sangat penting kepada setiap bakal guru.Hal ini demikian kerana pedagogi adalah satu proses perancangan yang strategik kepada guru sebelum memulakan pembelajaran.Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam proses pedagogi ini ialah guru perlu didedahkan dan diberi peluang mencuba pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat memahami kesungguhan,kelemahan serta keberkesanan setiap kaedah berkenaan.

Setiap murid memiliki kemampuan yang berbeza,baik pendengaran, penglihatan mahupun berbicara.Ada yang lebih senang membaca,ada yang lebih suka mendengar dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pedagogi untuk mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap murid.Apabila guru menggunakan media bervariasi atau dalam menggunakan alat bantu mengajar,guru memerlukan penyesuaian panceindera pelajar,menarik perhatian murid,memberi motivasi untuk belajar,mendorong untuk berfikir dan meningkatkan kemampuan untuk berlajar.

2.1.1.1 Variasi media pandang

Antara kaedah tersebut adalah variasi media pandang,media dengar dan media taktil.Variasi media pandang dapat diertikan sebagai penggunaan alat dan bahan pengajaran khususnya untuk komunikasi seperti buku,majalah,globe,peta,televisyen,demonstrasi dan lain-lain.Penggunaan yang lebih luas dari alat-alat tersebut akan memperoleh kelebihan misalnya,membantu berfikir secara konkrit dan mengurangi respon yang kurang bermanfaat.Di samping itu,dapat menarik perhatian pelajar serta menambah keyakinan untuk mempelbagaikan kaedah belajar.

2.1.1.2 Variasi media dengar

Variasi media dengar pula adalah pada umumnya terlibat dalam proses interaksi pendidikan di dalam kelas.Suara guru adalah alat utama dalam komunikasi.Variasi dalam penggunaan media dengar memerlukan kombinasi dengan media pandang dan media taktil.Antara media dengar yang digunakan dalam proses pedagogi adalah perbincangan dengan pelajar,rakaman bunyi dan suara,rakaman muzik,rakaman drama dan wawancara.Hal ini demikian dapat memiliki kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan kepada pelajar.

2.1.1.3 Variasi media taktil

Variasi media taktil adalah penggunaan media yang memberi kesempatan kepada pelajar untuk menyentuh dan memanipulasikan benda dan alat pengajaran.Hal ini akan melibatkan pelajar dalam kegiatan penyusunan atau perbuatan model,yang hasilnya dapat disebutkan dan dilakukan secara individu ataupun kelompok kecil misalnya dalam mata pelajaran Sejarah dapat membuat latar peta pada zaman Majapahit,manakala geografi dapat membuat model lapisan tanah dan sebagainya.

2.1.1.4 Kaedah eksperimen

Selain yang diterangkan diatas,terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar untuk belajar.Antaranya ialah kaedah eksperimen.Kaedah eksperimen ini adalah kaedah yang dijalankan secara perseorangan ataupun berkumpulan.Kaedah ini dilakukan adalah untuk melatih melakukan suatu proses atau percobaan misalnya melakukan penyelidikan,mengumpulkan data dan sebagainya.Tambahan pula, kaedah ini sekaligus dapat mengembangkan sikap pelajar untuk menjelajahi tentang ilmu dan teknologi serta dapat memberi kesejahtaraan kepada hidup manusia.

Hal ini demikian kerana mempelbagai kaedah pedagogi dapat mengelakkan pelajar menjadi bosan sekiranya guru bijak dalam merancang aktiviti pembelajaran yang berbeza.Disamping itu,guru dapat mengetahui kelemahan pembelajaran sekiranya berlaku kemerosotan prestasi pelajar.

2.1.2 Pengurusan dan pentadbiran

Kualiti sesebuah sekolah merupakan aset penting dalam meningkatkan prestasi sekolah.Hal ini demikian kerana,prestasi sekolah yang baik disebabkan oleh adanya guru yang menaikkan prestasi sesebuah sekolah itu.Bagi meningkatkan prestasi sekolah tidak kira dari segi akademik mahupun kokurikulum,seseorang guru atau pendidik itu perlu merancang atau mentadbir sebuah pengurusan yang cekap bagi meningkatkan prestasi sekolah.Sebuah organisasi yang baik bermula dengan sistem pentadbiran yang cekap.Antara sistem pentadbiran dan pengurusan yang baik adalah dengan adanya insfrastuktur yang lengkap dan berteknologi.Hal ini memudahkan guru mengendalikan atau menggunakan kemahiran yang sedia ada bagi menjalankan pengurusan dengan sempurna.

2.1.3 Penyelidikan tindakan

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara.Oleh itu,bagi meningkatkan dan melahirkan guru yang berketerampilan penilaian dan pengukuran tahap keberkesanan pembelajaran perlu dipergiatkan melalui penyelidikan tindakan.Hal ini demikian kerana, program penyelidikan tindakan ini bertujuan membiasakan guru membuat kajian berdasarkan masalah yang mereka hadapi sewaktu di sekolah.Sesuatu masalah tidak akan dapat diatasi jika hanya berdasarkan kepada andaian.Penyelidikan tindakan ini adalah sangat penting kepada guru kerana menerusi kajian tindakan yang dijalankan,guru-guru akan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan sesuatu kelemahan pelajar.Antara kebaikan daripada kajian ini adalah menggalakkan guru belajar,berbincang dan mencari

idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Penyelidikan tindakan ini juga mendatangkan manfaat kepada guru kerana organisasi pembelajaran yang wujud dalam kajian ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan guru malahan kepada akademik pelajar.

2.1.4 Pembaharuan Kurikulum

Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubahsuai supaya guru dikemaskinikan dengan keterampilan baru,pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif.Pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru yang cekap dari segi teknologi dan yakin menghadapi perubahan dalam menangani cabaran persekitaran semasa di sekolah.Latihan perguruan amat penting kepada bakal guru kerana dapat mewujudkan suasana keseronokan dalam menuntut ilmu.Hal ini kerana dengan adanya latihan perguruan,ini dapat meningkatkan nilai profesional dalam diri justeru melahirkan guru yang berketerampilan dari segi intelektual dan sahsiah diri.

Tambahan pula,gurulah yang sebenarnya melaksanakan segala aspek pembaharuan sesuatu kurikulum.Tanggungjawab perubahan ini perlu digalakkan dan usaha kearah menyediakan pengetahuan serta kemahiran menyelesaikan masalah perlulah diperluas dan dipertingkatkan.Langkah ini adalah bertujuan supaya guru dapat mengenal pasti masalah-masalah atau isi pendidikan di sekolah.

2.2 Kemahiran

Kemahiran dalam melahirkan guru berketerampilan amat penting.Hal ini demikian kerana dengan adanya kemahiran-kemahiran tertentu seseorang guru itu boleh menggunakan kemahiran yang ada justeru dapat mempraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2.1 Kemahiran komputer

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat,guru perlu di reformasikan supaya benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi,khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik budaya.Guru yang tidak berkemahiran asas digalakkan menghadiri kursus sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negara atau Pejabat Pendidikan Daerah disamping kursus dalaman diperingkat sekolah.Guru yang mahir komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi secara langsung membimbing guru yang kurang mahir.

“Perkembangan pesat dalam bidang teknologi adalah di antara faktor yang telah mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.Perubahan akan terus berlaku dan jenis serta bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa hadapan sukar diramal dengan tepat.Untuk menangani perubahan dalam dunia pekerjaan ini,pendidikan guru teknologi memainkan faktor terpenting.Cabaran ini kepada guru teknologi ialah untuk melahirkan tenaga manusia yang mampu menghadapi perubahan dalam dunia pekerjaan.”

(Rashidi Azizan,1995)

Cabaran kepada sistem pendidikan guru teknologi adalah besar sekiranya ingin mencapai tahap negara maju dalam tahun 2020.Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan guru teknologi yang akan membolehkan merancang untuk menuju ke arah cita-cita tersebut.Namun,dengan persaingan yang guru akan hadapi pada tahun-tahun akan datang,sumber manusia yang bakal dilahirkan oleh guru teknologi haruslah mempunyai daya saingan yang peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya.Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi pendidik yang terbaik dan mempunyai moral dan beretika serta teguh dalam nilai agama dan kerohanian yang mantap.

Guru yang celek komputer menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.Memandangkan keperluan ini,Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah mewujudkan pendidikan komputer di sekolah.Peranan komputer bukan sahaja terbatas kepada penggunaannya sebagai alat memudahkan tugas-tugas pentadbiran sekolah,malah dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui perisian-perisian pembelajaran terancang.Guru yang tidak celek komputer akan menghadapi kesukaran melaksanakan beberapa tanggungjawab penting secara berkesan.

Hal ini demikian kerana guru yang tidak berkemahiran akan menyebabkan pemasalahan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu,faktor teknologi yang kian meningkat menyebabkan pelajar kini banyak menggunakan kemudahan internet.Hal ini juga dapat mewujudkan hubungan antara guru dengan murid melalui penggunaan e-mail.Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas waktu sekolah atau waktu cuti persekolahan bagi membincangkan masalah dalam pelajaran melalui e-mail.Penduduk yang berorentasikan teknologi dan nilai-nilai terbaik akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan akan dihormati di peringkat antarabangsa.

2.2 2 Kemahiran bahasa dan komunikasi

Komunikasi sebagai aksi atau komunikasi satu arah menempatkan guru sebagai pemberi rangsangan dan pelajar sebagai penerima rangsangan.Dinamik guru disediakan agar guru berteknologi memperolehi dan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk perkembangan diri selaras dengan pendidikan seumur hidup,mahir berkomunikasi serta sayang dan cintakan negara dijelmakan dalam mata pelajaran yang diajar dalam komponen ini.Antara kandungan dalam dinamik guru adalah kemahiran komunikasi.Kemahiran komunikasi memberi pendedahan kepada kefasihan bahasa,kemahiran “interpersonal” dan kemahiran sosial yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik.

Menurut Gardner (1993 dalam Ramlah Jantan,2004),interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja.Oleh sebab itu,kemahiran interpersonal ini perlu ada dalam diri seseorang guru.Hal ini demikian kerana,hubungan interaksi antara guru dengan pelajar sangat penting kerana dapat guru merupakan orang yang hampir dengan pelajar disekolah serta gurulah tempat mereka rujuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berkomunikasi juga penting dalam proses pedagogi yang melibatkan kaedah tanya jawab.Kaedah tanya jawab ini memerlukan komunikasi yang baik antara guru dengan pelajar.Kaedah ini juga,ialah satu cara penyajian bahan pelajaran melalui bentuk pertanyaan yang perlu dijawab oleh pelajar.Sekiranya kurang komunikasi antara guru dengan pelajar,hal ini akan mendatangkan masalah semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.

Kementerian juga telah meneruskan usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan universiti-universiti berprestij dalam dan luar negara sebagai salah satu usaha menaik taraf Institut Pendidikan Guru (IPG),malah meningkatkan pembangunan kapasiti para pensyarah dan melahirkan guru siswazah yang berkemahiran.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan dari segi kemahiran bahasa ialah melatih guru atau menggalakkan guru mempelajari bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jermin,Bahasa Jepun,Bahasa Manderin dan sebagainya.Hal ini demikian kerana,bagi memastikan pelajar berpeluang mempelajari bahasa lain selain bahasa Inggeris.Hal ini juga,dapat memudahkan guru berinteraksi dengan guru yang datang dari luar negara.

2.2.3 Kemahiran motivasi

Seseorang guru itu juga harus mempunyai kemahiran motivasi.Hal ini demikian kerana,guru yang mempunyai sifat dalaman yang tinggi dapat mampu menangani masalah pelajar dan meningkatkan semangat pelajar untuk belajar.Selain itu,kemahiran motivasi juga penting kepada guru sendiri kerana sekiranya guru menerima kritikan orang atasan, ini dapat dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan semangat membina kepada guru tersebut.Antara kemahiran yang boleh meningkatkan motivasi pelajar ialah menggunakan teknik bercerita dan mengemukakan soalan yang mencabar.Tambahan pula,sekiranya bahan pelajaran yang disampaikan menarik,kemungkinan besar motivasi belajar pelajar akan semakin meningkat.

Terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan oleh guru iaitu motivasi yang datang dari dalam diri pelajar iaitu ‘motivasi instrisik’ seperti persaingan,autonomi,keinginan,cabaran dan usaha.Apabila melibatkan motivasi instrisik,biasanya seseorang itu gemar dan bergembira dengannya manakala motivasi yang berada di luar diri pelajar disebut ‘motivasi ekstrinsik’ seperti pemberian hadiah dan hukuman.Menurut Ryan dan Deci (2001 dalam Suppiah N,2009),motivasi instrisik biasanya menghasilkan prestasi yang meningkat,kreativiti dan penghargaan kendiri.

Oleh hal yang demikian,guru perlu ada kemahiran motivasi ini dalam proses pedagogi dengan menggabungkan kedua-dua motivasi bagi membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan berkesan.Hal ini demikian kerana,dapat membangkitkan rasa ingin tahu dan secara tidak langsung akan menggerakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif.Kesediaan guru yang penuh motivasi dan mahir dalam ilmu pengetahuan subjek yang diajar merupakan faktor yang harus dimilikinya.Mewujudkan motivasi adalah sangat penting untuk mengekalkan minat mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Personaliti pendidik

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu haruslah mempunyai personaliti atau sahsiah diri yang baik.Hal ini demikian kerana,personaliti ini perlu ditunjukkan dan dipraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan dan perbuatan pendidik menjadi teladan bagi murid-murid.Bagi melahirkan guru yang berkesan ialah individu yang dapat menghormati antara perkataan,ucapan,perintah serta larangan dengan tindakan yang dapat dipandang dengan mata.Segala perbicaraan,saranan dan nasihatnya harus benar-benar dapat dipercayai,digunakan sebagai pegangan dan pedoman serta gerak-geri diperhatikan dan dicontohi.

2.3.1 Bertanggungjawab dan ikhlas

Penyebar ilmu memainkan peranan penting dan memikul satu tugas berat kerana dianggap sebagai sebagai suatu amanah Tuhan kepada manusia.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bertanggungjawab dan amanah kepada tugas yang dipikul.Di samping itu,seseorang pengajar perlu ikhlas terhadap Allah S.W.T,tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.Oleh hal yang demikian,gaji atau pendapatan bagi pendidik perlu diterima dan diharuskan,tetapi gaji bukan menjadi matlamat utama bagi bergelar seorang guru.Menurut Iman Al-Ghazali (1996), niat memainkan peranan utama sebagai asas dalam proses pengajaran.

Wajib membetulkan niat murid-murid,maka wajib juga membetulkan niat guru bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar adalah lebih mulia daripada ibadat belajar”

(Abdul Salam Yussof,2003)

Selain itu,seorang pendidik perlu menilai tujuan dan perkhidmatannya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T semata-mata.Hal ini dipandang dari dua sudut.Pertama,guru ialah sebagai khalifah Allah S.W.T dan seterusnya tugas beliau sebagai pelaksanaan ibadah kepada Allah S.W.T demi mencari keredhaan dan menghampiri diri kepada Tuhan.Oleh hal yang demikian,keadaan seperti ini dapat memurnikan tugas mendidik dan membimbing murid-murid.

Sebaliknya,jika seorang pendidik itu menjalankan tugas mengajar hanya sekadar untuk mendapat gaji semata-mata atau kelayakan pasti hal ini akan melunturkan nilai-nilai pendidikan bahkan merosakkan taraf sebagai seorang pendidik.Oleh hal yang demikian,bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu tidak sepatutnya memandang bahawa dia telah berjasa kepada muridnya.Sebaliknya guru perlu bersyukur dan menghargai murid-murid apabila telah berhasil mendidik dan menyucikan jiwa mereka bertepatan dengan hidayah.

2.3.2 Komitmen

Menurut Slavin (1997),kesungguhan guru dalam proses keberkesanan pengajaran bergantung kepada empat faktor iaitu kualiti pengajaran,aras pengajaran,insentif dan masa.Keempat-empat faktor tersebut perlu ada dalam diri guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan.

Kualiti pengajaran sememangnya sangat penting semasa proses pembelajaran.Kualiti pengajaran merujuk kepada kualiti maklumat dan kemahiran guru dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar mudah memahami pelajarnya.Hal ini demikian bermaksud,segala maklumat yang diperoleh sewaktu menyampaikan mestilah terbaharu dan terkini.Disamping itu,isi kandungan pembelajaran mestilah mudah dan padat bagi memudahkan pelajar memahami setiap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Aras pengajaran pula merujuk kepada kebolehan guru memberi makna kesesuaian pengajaran dengan kebolehan pelajar dan kesediaan pelajar untuk belajar yang baharu.Hal ini bermaksud guru haruslah peka dan bijak dalam meneliti setiap kebolehan pelajar.Hal ini demikian kerana,untuk menggelakkan prestasi pelajar merosot.Di samping itu,guru perlu meneliti setiap tahap keberkesanan pengajaran yang diajar.Jikalau pengajaran yang diajar tidak sesuai dan mendatangkan kesusahan kepada pelajar,guru perlu menukar dan mencari idea baru untuk memastikan setiap maklumat sampai kepada pelajar.

Faktor insentif adalah merujuk kepada kebolehan guru yang memotivasi pelajar untuk terus belajar,menyiapkan kerja rumah serta tugas lain.Hal ini merupakan salah satu faktor yang boleh menarik minat pelajar untuk terus belajar.Kebolehan guru dalam memotivasikan pelajar akan meningkatkan kesedaran pelajar bahawa pentingnya ilmu kepada kehidupan.

Faktor yang terakhir adalah masa.Masa sememangnya penting kepada guru dan juga pelajar.Guru yang menitikberatkan soal masa merupakan guru yang sangat menghargai setiap masa yang diperuntukan.Setiap guru mestilah peka terhadap masa yang telah diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana,masa yang sesuai dapat menjamin proses pedagogi berjalan dengan baik dan berkesan.Penentuan masa boleh mempengaruhi minat dan meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang.Akal yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat justeru itu,masa pembelajaran yang akan dibentuk mestilah sesuai dengan keadaan pelajar dan pengajar terutama dari segi masa yang bersesuaian dengan kecerdasan dan kesegaran otak.Guru yang berketerampilan adalah guru yang memanfaatkan setiap masa yang ada dengan melakukan perkara yang boleh meningkatkan prestasi dan mutu pembelajaran.

2.4 Variasi gaya mengajar

Menurut Syaiful Bahri Djamarah (2000),variasi pada dasarnya meliputi variasi suara,variasi gerakan anggota badan dan variasi perpindahan posisi guru dalam kelas.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,variasi-variasi tersebut perlu ada pada diri seorang guru.Variasi tersebut dilihat sebagai sesuatu yang bertenaga,bersemangat dan memiliki relevan yang baik.Perilaku guru seperti itu dalam proses interaksi edukatif akan menjadi dinamik dan mempertinggi komunikasi antara guru dengan pelajar,menolong penerimaan bahan pengajaran dan memberi stimulasi.Terdapat beberapa variasi gaya mengajar ini antaranya ialah variasi suara,penekanan,gerakan anggota badan dan pindah posisi.

2.4.1 Variasi suara

Variasi suara melibatkan suara guru dalam mengawal kelas.Antara variasi suara adalah intonasi,nada dan sebagainya.Guru yang berketerampilan perlu menggunakan variasi tersebut dengan mengaitkan suatu peristiwa dengan menunjukkan hal-hal yang dianggap penting.Hal ini demikian kerana,seseorang guru itu perlu melihat keadaan sekeliling semasa proses pembelajaran berlaku supaya semasa mengajar guru tersebut mengetahui untuk bercakap secara pelahan atau secara tajam dengan pelajar sekiranya mereka kurang memberi tumpuan sewaktu dalam kelas dan sebagainya.

2.4.2 Variasi penekanan

Variasi penekanan pula amat penting kepada guru.Hal ini demikian kerana,adalah untuk memfokuskan perhatian pelajar pada suatu aspek penting atau aspek kunci.Oleh sebab itu,guru perlu menggunakan penekanan secara verbal misalnya “perhatian baik-baik!”,ini adalah bahagian yang sukar”.Penekanan seperti ini biasanya dikombinasikan dengan gerakan anggota badan.Hal ini demikian kerana,dapat menarik perhatian murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

2.4.3 Gerakan badan

Seterusnya adalah gerakan anggota badan yang perlu diberi perhatian.Sememangnya pergerakan guru sangat penting sewaktu dalam kelas.Hal ini demikian kerana,variasi gerakan anggota badan seperti mimik,gerakan kepala atau badan merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi.Gerakan anggota badan bukan hanya untuk menarik perhatian sahaja,malah menolong menyampaikan erti pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

2.4.4 Pindah posisi

Variasi pindah posisi dalam ruangan kelas pula amat penting kerana dapat membantu menarik perhatian pelajar dan meningkatkan keperibadian guru.Perpindahan posisi dapat dilakukan dari muka ke bahagian belakang,dari sisi ke kanan atau di antara pelajar dari belakang ke pelajar.Di samping itu,dapat juga dilakukan dengan posisi berdiri kemudian berubah menjadi posisi duduk.Perubahan posisi ini harus ada tujuannya dan bukan sekadar mundar-mandir yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Keterampilan mengelola kelas

Masalah utama yang dihadapi oleh guru baik permulaan mahupun yang sudah berpengalaman adalah mengelola kelas.Pengelolaan kelas merupakan masalah yang kompleks.Pengelolaan kelas bermaksud suatu proses mengawal tingkah laku pelajar serta memelihara keadaan pembelajaran yang optimal dan mengembalikan apabila terjadi gangguan dalam proses interaksi edukatif.

Antaranya ialah penghentian tingkah laku pelajar yang menyeleweng perhatian di dalam kelas,pemberian ganjaran sekiranya penyelesaian tugas disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan atau penetapan norma kelompok yang produktif.Oleh sebab itu,seseorang guru itu perlu bijak dalam mengelola kelas supaya proses pedagogi berjalan lancar dan efektif.Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan dalam mengelola kelas.Antaranya ialah pendekatan kekuasaan,ancaman,kebebasan,pengajaran,pengubahan tingkah laku dan sosioemosi.

2.5.1 Pendekatan kekuasaan

Pendekatan kekuasaan merujuk kepada peranan guru sewaktu dalam proses ini adalah mencipta dan mempertahankan situasi disiplin dalam kelas.Disiplin adalah kekuatan kepada pelajar untuk mentaatinya.Pendekatan ancaman pula merujuk kepada pelaksanannya dilakukan dengan cara memberi ancaman misalnya,melarang,mengejek,menyindir dan memaksa.Pendekatan kebebasan adalah suatu proses membantu pelajar untuk merasa bebas mengerjakan sesuatu bila dan dimana sahaja.Peranan guru adalah perlu mengusahakan semaksimal mungkin kebebasan pelajar.

2.5.2 Pendekatan pengajaran

Seterusnya adalah pendekatan pengajaran.Pendekatan ini berdasarkan kepada suatu anggapan bahawa perancangan dan pelaksanaan akan mencegah berlakunya masalah tingkah laku pelajar dan pemecahan diperlukan apabila masalah tidak boleh dicegah.Pendekatan ini menggalakkan tingkah laku guru supaya dapat mencegah atau menghentikan tingkah laku pelajar yang tidak baik.Oleh hal yang demikian,peranan guru mestilah merancang dan mengimplementasikan pelajaran yang baik kepada pelajar.Pendekatan pengubahan tingkah laku lebih kurang sama ertinya dengan pendekatan pengajaran iaitu mengembangkan tingkah laku pelajar yang baik dan mencegah tingkah laku yang kurang baik.

2.5.3 Pendekatan sosioemosi

Pendekatan sosioemosi dalam pengelolaan kelas merupakan suatu proses menciptakan suasana sosioemosi yang positif dalam kelas.Selain itu,sosioemosi yang positif bererti adanya hubungan positif antara guru dengan pelajar,antara pelajar dengan pelajar.Oleh hal yang demikian,guru adalah kunci terhadap pembentukan peribadi dan peranannya adalah menciptakan hubungan positif yang baik.

Pengelolaan kelas ini memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.Antara kebaikan kepada pelajar ialah mendorong pelajar mengembangkan tanggjungjawab individu terhadap tingkah laku dan mengawal diri sendiri.Di samping itu,membantu pelajar mengetahui tingkah laku yang sesuai dengan tata tertib kelas dan memahami bahawa teguran guru merupakan suatu peringkatan dan bukan kemarahan.

Antara kebaikan kepada guru pula adalah dapat mengembangkan pemahaman dalam pengajian pelajaran dengan pembukaan yang lancar dan kecekapan yang tepat.Di samping itu,dapat mempelajari cara merespon secara efektif terhadap tingkah laku pelajar yang suka menganggu.Selain itu,guru dapat memiliki strategi yang lebih komprehensif yang dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar sekiranya berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh hal yang demikian,untuk melahirkan guru yang berketerampilan,pendekatan-pendekatan yang telah diterangkan di atas perlu ada pada setiap guru bagi menjana dan memperkasa pendidikan yang lebih berkesan.

2.6 Kemahiran membuka dan menutup pelajaran

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu mestilah mempunyai keterampilan membuka dan menutup pelajaran.Komponen membuka dan menutup pelajaran adalah untuk meningkatkan perhatin,menimbulkan motivasi,memberi acuan melalui pelbagai usaha,membuat kaitan atau hubungan antara pelajaran dengan pengalaman serta pengetahuan yang telah dikuasai oleh pelajar.

Kemahiran membuka adalah perbuatan guru untuk mencipta dan mempersiap dari segi mental dan menimbulkan perhatian pelajar agar berpusat terhadap perkara yang diajari.Kemahiran menutup pelajaran merupakan kegiatan yang dilakukan semasa mengakhiri pelajaran.Menutup pelajaran juga dimaksudkan dengan memberi gambaran keseluruhan mengenai perkara yang telah dipelajari kepada pelajar.Selain itu,adalah untuk mengetahui tingkat pencapaian pelajar serta tingkat keberhasilan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara kaedah yang perlu dilakukan oleh guru sebelum menutup pelajaran adalah mengulangi kembali mengenai perkara yang penting atau memberitahu kunci bahan pelajaran yang diberikan.Hal ini dapat dilakukan setiap selesai memberikan satu konsep atau pada akhir pelajaran.Di samping itu,melalui beberapa pertanyaan atau setelah memberi bahagian-bahagian dari satu topik,seseorang guru itu perlu menjelaskan kembali bahan peelajaran yang baharu sahaja dibincangkan.Hal ini demikian dapat meningkatkan pemahaman pelajar mengenai perkara yang telah diajar.

Bagi menjadikan kemahiran menutup pelajaran lebih baik,seseorang guru itu perlu melakukan arahan atau meminta pelajar mendemonstrasikan kembali pelajaran yang baharu sahaja diterangkan.Selain itu,guru boleh meminta pelajar mengaplikasikan konsep atau idea baru pada situasi yang berbeza.Hal ini demikian kerana,dapat melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.

3.0 Kesimpulan

Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan memupuk perpaduan kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara.Menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan,memperkukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar secara seimbang,kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pendidikan.

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,berwawasan,beretika dan mempunyai sahsiah yang baik,seseorang guru itu perlu sentiasa siap sedia menerima segala cubaaan dan dugaan yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.Tambahan pula,keadaan masa kini yang semakin hari semakin berubah dek kerana arus permodenan yang semakin pesat,seseorang guru itu perlu bersedia dari segi mental,jasmani,intelek dan sosial.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh dan berketerampilan.Oleh hal yang demikian, dengan adanya kaedah pedagogi yang terancang serta pendekatan-pendekatan yang telah dijelaskan,hal ini dapat melahirkan bakal pemimpin anak bangsa yang berketerampilan,berkemahiran dan profesional.

Bibliografi

Abdul Salam Yussof (2003).Imam Al-Ghazali pendidikan berkesan.Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008).Falsafah pendidikan dan kurikulum.

Tanjong Malim:Quantum Books.

Al-Ghazali (1996).Ihya` Ulum Ad-din.Beirut:Darul Kutub.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004).Psikologi pendidikan pendekatan kontemporari.Malaysia:McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd.Noor (1995).Pendidikan guru:Cabaran,falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul.Selangor:Masa Enterprise.

Syaiful Bahri Djaramah (2000).Guru dan anak didik dalam interaksi edukatif.Jakarta:PT Rineka Cipta.

Suppiah Nachiappan,Kamarulzaman Kamaruddin,Abd. Aziz Abd.Shukor,Ramlah Jantan,Roslinda Mustapha,Hazalizah Hamzah,et al.(2009).Pembelajaran dan perkembangan pelajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Slavin (1997).Kesungguhan guru dalam proses pengajaran.Diperoleh pada Februari 10,2010 daripada http://www.scribd.com/doc/2272585/Guru-profesioanal-1.

Standard guru Malaysia(SGM) (2009).Diperoleh pada Februari 23,2010 daripada http://pemulihan3m9.blogspot.com.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


walaupun karangan nie xseberapa.....aku tetap bersyukur setelah bertungkus lumus menyiapkannya.....'

disediakan oleh Shabariah binti Safie

Apabila nyonya pakk beraksi di gelanggang

06 April 2010
bertarikh 4.4.10....tarikh yang cukup cantik..bertempat di padang kuo...kami beraksi...walaupn serba kekurangan kami team futsal tetap cekal dalam mengharungi perlawanan..hehe
walaupn pdang 2 dekat ngn tempat sampah..kami tetap mengecutkan hidung kami.,....walaupun perit untk menghidu...hehehehe.....team futsal bernama nyonya pakk...walaupn nyonya ker nona..kami tetap awek cun di gelanggang..hahaha....walaupn pertama kali aku bermain futsal,tapi ia akan terus tetap seronok..sebb kami champion dalam permainn ini..walupn panas mencengkam muka,walaupn seluar koyak seperti rockers...,walaupun air abis berbotol2...walaupn lutut koyak seperti roti canai mamak...kami tetap berjuang sehingga sampai xde peluh yang sudi keluar..hehe..aku n my geng,,cukup seronok...walaupn xpernh masuk futsal...my team dapat champion sebb penalti.....cukup mndebarkan..hehe...gol keeper aku..memg cekap...sampai koyak seluar kt lutut...n cincinya abih pecah...xpe..semua 2 dugaan hehehhe......
itu dia nyonya pakk..itu dia nyonya pakk..ko orang memang best....tq guysssZZZZ......sem depan kita buktikan lagi....klu nk lawan lagi laa.hehehheh.....