Renungan.....

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah" (Riwayat Muslim)

Milik-MU jua.....

25 November 2010
Sedar tak sedar.....semakin hari semakin kita berusia....tetapi sedar tak dalam diri kita nie masih banyak yang kita xtau...semakin kita pelajari sesuatu ilmu,,,semakin banyak yang kita tak tau.....bila orang lain mengatakan...aku dan cukup ilmu dan pengalaman...tetapi semua itu adalah cerdik akal....bukan cerdik hati....cerdik hati ialah...semakin kita ada ilmu...semakin itu la kita sampaikan kepada orang lain,,bukan untuk dibangga2 atau ditunjuk....biarlah kita cari ilmu...ilmu yang membawa kita sedar bahawa,,,ilmu 2 hak Allah SWT,,,Allah SWT yang memberikan ilmu kepada seseorang,,,kemudian ilmu itu itu disambung2...dan kita menuntut ilmu biarlah kerana Allah SWT...bukan kerana mencari pangkat atau gelaran...biarlah ilmu yang dicari itu,,,berguna untuk kehidpan kita di dunia malah di akhirt juga,,,,Ingatlah bahawa bila kita mati..ALLAH SWT tidak tanya banyak mana harta kita kumpul.???,ijazah pe yang ko orang pegang???,,,kereta apa yang ko orang pandu???....rumah apa yang kamu tinggal???..tp pe yang Allah tanya adalah ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan juga anak yng soleh mendoakan kedua orang tuanya....

Ingatlah bahawa kita manusia yang lemah,dhaif,,,,yang hanya bijak berkata-kata tetapi cetek di dalam....namun,,selagi kita masih ada waktu untuk meneruskan kehidupan,,,biarlah kehidupan yang kita pandu ini,,,membawa kita ke jalan Allah.....kita perlu selarikan dunia n akhirt....jangan hanya mementingkan duniawi semata-semata...sesungguhnya...jika kita fikirkan tentang hari akhirt kita pasti akan lebih banyak menangis daripada ketawa....pe2 pun kita kena ingat,,KITA HANYA MENUMPANG DI BUMI ALLAH SWT..BUMI ALLAH SWT...BUMI ALLAH SWT...SUBHANAALLAH....SEMUA MILIK ALLAH....kita xperlu sombong tak perlu ego...sebab kita hanya manusia yang sering melakukan kesalahan dan dosa.....Biar orang menilai kita buruk dan jahat...tetapi Biarlah Allah menilai kita baik atau buruk dihati-NYA.....

---Yang baik itu datang dari Allah SWT..dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kedhaifan diri saya sendiri....namun baik dan buruk itu datang dari Allah SWT kepada hambanya yang terpilih......
Sesungguhnya penilaian Allah SWT lebih baik daripada penilaian manusia.....Walllahuaklam......

Siapakah aku di hadapan-Mu

01 November 2010

Sedar tak sedar dah masuk bulan 11...adakah kita sedar masa yang kita habiskan,masa yang kita gunakan,,,adakah ia kepada tujuan kebaikan atau kepada keburukan,,aku pun xtau nk ckp pe...mugkin pe yang kita wat tak seperti yang kita cakapkan,,,..Ya Allah...beri aku kekuatan dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan-Mu Ya Allah...adakah aku layak berdiri di hadapanmu,,,,adakah aku sudah cukp amalan ku untuk bersmuka denganMu bila Kau cabut nyawaku....Ya Allah,,,,sekiranya aku ini banyak melakukan dosa,,Engkau ampunkanlah dosaku dan kesalahanku dalam waktu aku sedar atau tidak sedar...Aku manusia biasa yang tidak sempurna,,,..aku pun xtau bila waktuku mati.....tp ku minta padaMu Ya Allah...sekranya Engkau igin cabut nyawaku....jgn kau cabut nyawaku ketika aku sedang lalai dalam mngingkatiMu..jagn Kau cabut nyawaku ketika aku sedang leka dengan keasyikan duniawi...tp ku phon padaMu,,,engkau cabut nyawaku dalam aku sedang memujiMu,,,ketika aku...mengingatiMU......sesungguhnya Engkau yang mematikan dan menghidupkan sesuatu,,,,aku manusia lemah,,yang hina,,,yang hanya meminta pertolongan dan meminta petunjuk dari-MU....

Tamat Sudah.......

30 Oktober 2010

Pe yang tamat sudah......adakah tamat cinta,tamat kuliah or tamat semester or tamat segala-galanya......??? oh tidak,tidak.....

sebenarnya tamat majlis pertauliahan bomba dah...setelah penat lelah selama 14 minggu akhirnya kami berjya mnamatkan latihan dengan jayanya,,,,


Nie la gelagatnya....mcm2 aksi ditunjukkan....
we are have enjoy it this team......

Bersama tenaga pengajar En,Jamil n the geng....kite orang ambil sebagai kenang-kenangan.....




Tidak lupa juga pada pensyarah dan tenaga pngajar kami yng bnyk mngajar kami iaitu En.Azizul dan tidak lupa jugk kepada En,Ibrahim.Walaupun semua tak dapat cemerlang...tp kami dah buktikan kepada cik bahawa kami bangga masuk bomba nie..semga pembejaran dapat dipraktikankan dan jgn sekadar memasukinya shaja........Selagi hayat dikandung badan kami tetap berbakti (upsi songs) dan bersiap dan sedia di setiap masa( bomba songs)......thanks a lot to hepls us among in Briget Bomba..







Birthday Time.....

28 Oktober 2010


Wajah menyimpan suka duka bersama kamu semua tidak lupa.....sedar tak sedar kita dah sem 4...bile dah grade nt...kemana la kamu semua....masihkah kamu semua akan ingat pada adikmu sorang nie....tp aku berdoa walupun...kita berjauhan nanti,,,tp kenanglah dan selitkan secebis doa buatku....sesungguhnya...ikatan yang terjalin menyimpan seribu kenangan bersama mu teman....


Nie la muka2 hasil ciptaan dan gubahan dari along,,,thanks...very nice,,..lepas nie siap la aku akn gantung pic nie.....xsangka semua2 nie berbakat dalam possing...huhuhu...thanks a lot....


nIE LA Kak-kak geng aku...semua nye cute2 belake...walaupun azuwa xde,,,,tetap di hati...semoga ikatan kita kekal sampai bile2....thanks
semua kerana menjayakan misi.......


kejutan buatku daripada kak-kak satu geng,,,,,delicious cake n nice photo.....
Cakap nak pergi makn malam kt luar lepas isyak rupa2nya duk kenakan aku rupanya....xpela aku sungguh terharu sebb kak2 semua sambut bday aku.......









Tanggal 28 Oktober 2010



Kejutan juga bagiku….terima kasih kepada kwan rumah…..terutama along dan juga sue…..terima kasih kerana wish…sedih rase dan gembira

pun ada,,,Terima kasih kerana mengingati adik ko orang sorang nie….huhuhu….

Kepada teman-teman ku…bukan hadiah yang ku harapkan…

bukan jua harta yang dahagakan…tapi kasih yang engkau berikan,,,sayang yang ko orang bagikan,,,dan doamu untuk ku sudah cukup buatkan….sesung

gunhnya doa itu lebih bermakna dariapda wang ringgt….terima kasih kawan-kawan….klu tiada kamu semua,,,,,sapa la aku nie………ku berdoa pada hari kelahiran ku ini..semoga ikatan kita terus kekal abadi smpai ke akhir hayat….tidak hanya di

dunia malah di akhirt jua….AminYa Robbal Alamin….


Apabila No.39 buat dek

27 Oktober 2010
Kedengaran suara lelaki memberi salam.....mula2 wat dek....aku lak duk layan blog nie...yang dua lagi duk baring sambil mamai2....nak dijadikan kisah....aku ingtkan orang bg salam 2 rumah sebelah...so aku wat dek jer la....yang sorang nie tanya aku" sape 2 bagi salam dua tiga kali" aku pun jawab" entah rumah orang lain kot" tak pulak pergi tgak....
yang sorang lagi bangun,,,,dia dengar suara lelaki 2 cakap " Assalamualaikum,umah no.39 ade orang tak'...angkat kain....."....dengan segan silu....si sorang nie ckp....ye baiklah....
kih2 rupanya suara lelaki 2 cakap surh angkt kain sebb nk wat penyemburan sebb ade kes denggi...yang dua nia pulak gelakkan aku xabih2....dia orang gelak aku wat dek jer,,...mcm xde perasaan...huhuhu...

moral of the story: bile ada orang bagi salam xkisah la umah sape2...p tgak.... x la digelakkan sampai gitu selaki....

Tanda-tanda cinta kepada Allah S.W.T

Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala. Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.

Ujian pertama ialah; Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad saw bersabda;

"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."

Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.

Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;

"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.

Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,

"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu. Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,

"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"

Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.

Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali. Seorang Wali Allah ada berkata,

"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.

Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,

"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Tanda-tanda gangguan jin

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu
dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh
seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak
akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan
syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang
dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan
perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi
dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini
menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara
mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal
manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,
ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang
tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam
kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu
perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan
bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.
Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu
bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang
diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya
bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- o
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Puisi untuk Ayah dan Ibu

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Rekalah reka rekaan...

duk pening mengedit blog nie sebb lama dah tak wat...nasib baik la ade along yang tolng bantu....tp yang lwaknya....time dia nk nyayi aku kacau....huhuhu...sory ye along......bukan ape...biasalah budak baru belajar,.,,,,walaupun blog nie xseberapa...hope ko orang suke tgk.....nak menambahbaik blog nie mane yang patut....nie pun suke2 jer...xde kaitan dengan yang mati taupun hidup....dunia semata-mta.....hehehe....

Hidup terasa sunyi

22 Oktober 2010
Ntah la semakin hari semakin aku tak dapat nak kawal emosi nie...nk marah jer kejenya...benda yang aku wat seme tak kene di mata dia.....Kadang2 pikr mcm nak lepaskan perasaan kat orang..tp aku tau batas2 aku...xperlu nk ckp yng bukn2 mengenai diri aku nie...aku tau la aku nie xsempurna....aku tau aku nie lemah..tp jgnlah tuduh yang bukan2. Ko xde hak nk nilai orang lain..sebab Allah lebih berhak menilai hambanya....Mungkin orang pandang elok diluar tapi dalam????/ Allah jer yang tau......nk bagitau orang pun....orang xleh tolong...Hnya pada Allah tempat aku meluahkan perasaan....sebab Allah jer yang tau dalam hati aku nie.....Allah jer tempat aku meminta pertolongan...sesungguhnya Allah mendengar setiap rintihan hamba yang hina seperti aku nie.....mafkan aku sekiranya aku tak sempurna.,mafkan segala dosa2 ku....andai aku wat ko terasa...mafkan lah aku...selagi hayat di kandng badan,,,,,harapan dan doa ku minta dari-Mu....andai ini adalah keputusan-Mu aku terima,....aku terima segala ketentuan-Mu.....aku pasrah.......

10 malam terakhir,.....

31 Ogos 2010

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"


Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.



Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. - Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

4 Tahun selepas pemergianmu

27 Ogos 2010
sedar x sedar dah 4 tahun mu(ayah) meninggalkan aku sekeluarga...sungguh cepat masa berlalu...aku merindui setiap hilai tawamu yang n pandangmu cukup sayu.....hari ini 17 Ramadhan 1432H....lebih kurang 12 hari lagi akan menymbt hari raya....hari raya yang wat semua orang gembira,....tp bg aku....hari yang menyedihkan aku......masihku ingt lagi....sewaktu kau masih ade,,,,mesti malam raya aku akan menyediakan baju,kopiahmu,kain pelekatmu,kain sorbanmu....aku akan mengosoknya.....sudah lengkap di pagi raya.....xlupa juga,,,kata-katamu....n hanya aku jer yang wat untuk mu ayah-----ayah berkata (adik tolong ambil gunting n ketip kuku...dah panjng kuku n misai encik(ayah) ni.....aku menjawab....ye jap lagi adik wat....aku pun hampirinya....aku pndang kuku nya...lantas dalam hatiku berkata,...lembutnya tagn encik...walupn tngannya itu banyk jasanya kpadaku....ku berkata lagi.....ku liht lagi,,,,urat2 timbul..beratnya engkau membesarkan aku adik beradik....(tahan sebak)....kemudian aku gunting pula misainya.....ku lihat mukanya,,ku pandang mukanya...muka yang tidak pernah menujkkan rasa marah terhadapku.....muka nya yang kian berkedut....byk pengorbanmu wahai ayah......Pagi raya.....dia bgun awl untuk bersiap ker masjid,....segaknya pagi raya...itulah ayhku...wajah yang sayu,,,wajah yang cukp sempurna buatku...ayah yang tiada ganti..........

Tanggal 18 jamadil akhir 1428H bersamaan 14 juLAI 2006.....tarikh keramat bagiku.....
semiggu sebelum itu....ayhku berkata..(adik mak pergi mana,,,kenapa xde kt umah...bila nak balik.....) aku ckp....nth la sok lusa balik la...aku xtau yang ayat itu merupakan ayat yang akan meninggalkan dunia ini.......Hari itu hari jumaat...aku pergi sekolah.....aku pergi aku salam cium tgan ayah,,,,tp salamanku itu,,,aku xtau,...itu yang terakhir....aku pandang muka ayah....aku rase cukp sayu pagi itu.....ku pandang matanya,,,mata dia pandang aku.....pandangan itu wat aku terpaku....kenapa hari tu....aku rase lain betul...sayu sangat2.....

masa kt sekolah....entah kenape semua keje yang aku wat semua xmenjadi...ade yang kena pada hari tu......aku pulang seperti biasa
jam 3 petang ketika aku tgk tv....mak saudara aku paggill( adikkkkkk.,.mari dekat dengan encik.....encik dah nazak nie......aku hampiri n duduk sebelah dia......aku lihat nafasnya turun naik....semakin lama.semakin kencang.....masanya semakin dekat....n makin ramai orang menghampirinya......tepat jam 4.15 petang.....mata encik terpejam rapat....tagn n kaki sudah sejuk....itulah hari terakhir.....rupanya2 itulah hari terakhir,,,,,aku tatap wajahnya,matanya....salaman pagi itu...salam terakhir rupanya....salam perpisahan,,,salam tangisan...salam kerinduan untuk memanggil namamu.....encik.....

walaupn kau tiada di sisi....tp selagi anak mu ini masih hidup...doa untukmu ayah,,,,tidak pernah putus.....doa anakmu sentiasa mengiringmu wahai ayah........sedekakahkan sekalung doa untuk mereka yang telah pergi....AL-FATIHAH......

60 Petua Mendapatkan Pasangan

01 Mei 2010
Nuffnang Ads

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

pasangan bahagia

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

kisah seorang hamba Allah

mengesahkan seorang pelajar u yang tinggal di hostel......tetapi hari demi hari dia merasa tertekan lantaran masalah yang dihadapi..masalah keluaga,kewangan,persahabtan,pengajian dan sebagainya....fikirannya buntu disebabkan kekangan kewangan yang sangt terbatas,,,,terpaksa mkan mee magie selama tiga hari demi mengisi perut...2 adalah rezeki Allah yang bagi kt dia.....orang xpernah meliht keperitannya,,kesusahannya...tp segala yang berlaku,..dia berserah kepada Allah...semua itu dugaan dalam menuntut ilmu......kdang2 dia menagis tiap2 malam...kadang2 dia bersendirian mengenangkan apakan ada kebahagian untuk dirinya...apa yang dipikir hnyalah keluarga,,,kejayaan untuk ibu tersayang....setiap kali dia solat...doa untuk ibunya n arwah ayahnya tak pernh hilang dari mulutnya...kasih ayah tiada bandingan..kasih ibu membawa ke syurga,,,prnh sekali dia mengalami masalh yang dia xtau nk wat keputsan untuk memilih....bersendirian,termenung dan mengenang jauh di sudut hatinya....adakah kputsan yang dibuat benar...akhirnya dia mengadu segala masalah..kpada orang yang sepatutnya...orang itu xperh lekang walau sedetik dari hatinya,,,xpernh lupa,xperh lalai meningatnya....orang itu sentiasan mendoakan nya,,,walaupun mana dia berada,,,,orang itu sentiasa memberi semangat dan sokgn darinya....orag itu xpernh sekali pun meyakitkan hatinya....orang itu....orang itu,,orang itu....orang itu adalah ibunya...ibu yang sentiasa mendoakan anaknya......bila dia telefn maknya,,,,,tiba2 sayu dalam hati dia,,,,mak,.,adik nk mintk tolong ngan mak...(dia adalah ank bgsu)...mak leh tlong adik takk....mak leh bantu adik tak...bila mak tnya dia...kenapa dik..ada masalah ker....berat hati dia untuk meluahkan masalah yang dihadapai....berderai air mata mengalir di pipinya bila mendengar suara maknya....hati mana yang x sedih..hati mana yang xsayu bila mak nya bertnya....adik ada masalah ker...cerita kat mak....pastu dia ckp...mak adik nk mintk pandngan mak....kita xtau dah nk wat mcm ner....kita sorang2 jer...xde teman....xde kwan..(dalam hati hnya Allah yng tau).....mak dia tnya nape jdi mcm 2...dia ckp xtau la....xpe la yang pentng mak ade...dia xtau nk mgadu kt sape.....pastu dia xtahn sebak bila mak dia ckp...sabar adik...baykn selwat...ingt Allah sentiasa,,,,mintak doa bnyk..InsyaAllah Allah bantu adik.....mak mana yang sanggup meliht anaknya sedih..ade masalh...klu boleh mak nk tgk adik jgn sedih...hapy selalu......dalam hati nya berkata.....mak..mak la satu satu nya cinta sejati dia....mak la segala nya tiada dua atau tiga,,,,tiada penganti selain mak...lepas 2...dia balik ke bilik dia....berbicara ngan dirinya...sunguh besar nikmat-Mu Ya Allah..terima ksih kerana mengurniakn emak yang baik untuk dia...........................................
setelah beberapa hari selepas 2...dia terasa ingin pulang...kerana hatinya rindu akan emaknya...yang sudah lama xberjumpa...mak tunggu kepulangan sy ye mak....
setiap dia menelefn maknya..msti dia mntk berkat n doa mak dia,..(mak doakn kita selamat,,,berjaya n adik sayang mak) itulah ayat terakhir setiap kali menelefon maknya...
mak...mak....tguu adik balik ye mak.......
wassalam.........

AIRMATA RASULULLAH SAW...

13 April 2010
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Melahirkan guru berketerampilan

11 April 2010

1.0 Pengenalan

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Bagi melahirkan modal insan yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bersedia dari segi mental,emosi,fizikal,sosial serta memiliki peribadi yang baik.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427),keterampilan membawa maksud kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala terampil adalah cekap dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mula diperkenalkan secara bertulis mulai tahun 1988.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu cara usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

(Kementerian Pelajaran Malaysia,1988)

Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana melalui guru atau pendidik di peringkat sekolah,sesebuah negara boleh mencapai matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian segala cabaran yang tersimpul dalam Wawasan 2020 dan era seterusnya.Negara kita perlu memerlukan guru yang unggul bagi membolehkan menangani cabaran-cabaran masa depan.Bagi melahirkan guru yang berkualiti dan berketerampilan seseorang guru perlu bersedia dan peka terhadap perkembangan pendidikan dari masa ke semasa.

2.0 Melahikan guru berketerampilan

2.1.Pengetahuan

Bagi melahirkan guru berketerampilan,seseorang guru itu perlu menguasai ilmu pengetahuan yang luas.Hal ini demikian kerana,penguasaan ilmu sangat penting supaya apabila mengajar kelak dapat membantu guru dari segi persediaan mental dan emosi.Antara perkara penting dari segi aspek pengetahuan untuk melahirkan guru yang berketerampilan adalah pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan pentadbiran,pengukuran dan penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek pembaharuan kurikulum.

2.1.1 Mempelbagai kaedah pedagogi

Pedagogi atau lebih dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran sememangnya sangat penting kepada setiap bakal guru.Hal ini demikian kerana pedagogi adalah satu proses perancangan yang strategik kepada guru sebelum memulakan pembelajaran.Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam proses pedagogi ini ialah guru perlu didedahkan dan diberi peluang mencuba pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat memahami kesungguhan,kelemahan serta keberkesanan setiap kaedah berkenaan.

Setiap murid memiliki kemampuan yang berbeza,baik pendengaran, penglihatan mahupun berbicara.Ada yang lebih senang membaca,ada yang lebih suka mendengar dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pedagogi untuk mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap murid.Apabila guru menggunakan media bervariasi atau dalam menggunakan alat bantu mengajar,guru memerlukan penyesuaian panceindera pelajar,menarik perhatian murid,memberi motivasi untuk belajar,mendorong untuk berfikir dan meningkatkan kemampuan untuk berlajar.

2.1.1.1 Variasi media pandang

Antara kaedah tersebut adalah variasi media pandang,media dengar dan media taktil.Variasi media pandang dapat diertikan sebagai penggunaan alat dan bahan pengajaran khususnya untuk komunikasi seperti buku,majalah,globe,peta,televisyen,demonstrasi dan lain-lain.Penggunaan yang lebih luas dari alat-alat tersebut akan memperoleh kelebihan misalnya,membantu berfikir secara konkrit dan mengurangi respon yang kurang bermanfaat.Di samping itu,dapat menarik perhatian pelajar serta menambah keyakinan untuk mempelbagaikan kaedah belajar.

2.1.1.2 Variasi media dengar

Variasi media dengar pula adalah pada umumnya terlibat dalam proses interaksi pendidikan di dalam kelas.Suara guru adalah alat utama dalam komunikasi.Variasi dalam penggunaan media dengar memerlukan kombinasi dengan media pandang dan media taktil.Antara media dengar yang digunakan dalam proses pedagogi adalah perbincangan dengan pelajar,rakaman bunyi dan suara,rakaman muzik,rakaman drama dan wawancara.Hal ini demikian dapat memiliki kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan kepada pelajar.

2.1.1.3 Variasi media taktil

Variasi media taktil adalah penggunaan media yang memberi kesempatan kepada pelajar untuk menyentuh dan memanipulasikan benda dan alat pengajaran.Hal ini akan melibatkan pelajar dalam kegiatan penyusunan atau perbuatan model,yang hasilnya dapat disebutkan dan dilakukan secara individu ataupun kelompok kecil misalnya dalam mata pelajaran Sejarah dapat membuat latar peta pada zaman Majapahit,manakala geografi dapat membuat model lapisan tanah dan sebagainya.

2.1.1.4 Kaedah eksperimen

Selain yang diterangkan diatas,terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar untuk belajar.Antaranya ialah kaedah eksperimen.Kaedah eksperimen ini adalah kaedah yang dijalankan secara perseorangan ataupun berkumpulan.Kaedah ini dilakukan adalah untuk melatih melakukan suatu proses atau percobaan misalnya melakukan penyelidikan,mengumpulkan data dan sebagainya.Tambahan pula, kaedah ini sekaligus dapat mengembangkan sikap pelajar untuk menjelajahi tentang ilmu dan teknologi serta dapat memberi kesejahtaraan kepada hidup manusia.

Hal ini demikian kerana mempelbagai kaedah pedagogi dapat mengelakkan pelajar menjadi bosan sekiranya guru bijak dalam merancang aktiviti pembelajaran yang berbeza.Disamping itu,guru dapat mengetahui kelemahan pembelajaran sekiranya berlaku kemerosotan prestasi pelajar.

2.1.2 Pengurusan dan pentadbiran

Kualiti sesebuah sekolah merupakan aset penting dalam meningkatkan prestasi sekolah.Hal ini demikian kerana,prestasi sekolah yang baik disebabkan oleh adanya guru yang menaikkan prestasi sesebuah sekolah itu.Bagi meningkatkan prestasi sekolah tidak kira dari segi akademik mahupun kokurikulum,seseorang guru atau pendidik itu perlu merancang atau mentadbir sebuah pengurusan yang cekap bagi meningkatkan prestasi sekolah.Sebuah organisasi yang baik bermula dengan sistem pentadbiran yang cekap.Antara sistem pentadbiran dan pengurusan yang baik adalah dengan adanya insfrastuktur yang lengkap dan berteknologi.Hal ini memudahkan guru mengendalikan atau menggunakan kemahiran yang sedia ada bagi menjalankan pengurusan dengan sempurna.

2.1.3 Penyelidikan tindakan

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara.Oleh itu,bagi meningkatkan dan melahirkan guru yang berketerampilan penilaian dan pengukuran tahap keberkesanan pembelajaran perlu dipergiatkan melalui penyelidikan tindakan.Hal ini demikian kerana, program penyelidikan tindakan ini bertujuan membiasakan guru membuat kajian berdasarkan masalah yang mereka hadapi sewaktu di sekolah.Sesuatu masalah tidak akan dapat diatasi jika hanya berdasarkan kepada andaian.Penyelidikan tindakan ini adalah sangat penting kepada guru kerana menerusi kajian tindakan yang dijalankan,guru-guru akan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan sesuatu kelemahan pelajar.Antara kebaikan daripada kajian ini adalah menggalakkan guru belajar,berbincang dan mencari

idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Penyelidikan tindakan ini juga mendatangkan manfaat kepada guru kerana organisasi pembelajaran yang wujud dalam kajian ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan guru malahan kepada akademik pelajar.

2.1.4 Pembaharuan Kurikulum

Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubahsuai supaya guru dikemaskinikan dengan keterampilan baru,pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif.Pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru yang cekap dari segi teknologi dan yakin menghadapi perubahan dalam menangani cabaran persekitaran semasa di sekolah.Latihan perguruan amat penting kepada bakal guru kerana dapat mewujudkan suasana keseronokan dalam menuntut ilmu.Hal ini kerana dengan adanya latihan perguruan,ini dapat meningkatkan nilai profesional dalam diri justeru melahirkan guru yang berketerampilan dari segi intelektual dan sahsiah diri.

Tambahan pula,gurulah yang sebenarnya melaksanakan segala aspek pembaharuan sesuatu kurikulum.Tanggungjawab perubahan ini perlu digalakkan dan usaha kearah menyediakan pengetahuan serta kemahiran menyelesaikan masalah perlulah diperluas dan dipertingkatkan.Langkah ini adalah bertujuan supaya guru dapat mengenal pasti masalah-masalah atau isi pendidikan di sekolah.

2.2 Kemahiran

Kemahiran dalam melahirkan guru berketerampilan amat penting.Hal ini demikian kerana dengan adanya kemahiran-kemahiran tertentu seseorang guru itu boleh menggunakan kemahiran yang ada justeru dapat mempraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2.1 Kemahiran komputer

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat,guru perlu di reformasikan supaya benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi,khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik budaya.Guru yang tidak berkemahiran asas digalakkan menghadiri kursus sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negara atau Pejabat Pendidikan Daerah disamping kursus dalaman diperingkat sekolah.Guru yang mahir komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi secara langsung membimbing guru yang kurang mahir.

“Perkembangan pesat dalam bidang teknologi adalah di antara faktor yang telah mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.Perubahan akan terus berlaku dan jenis serta bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa hadapan sukar diramal dengan tepat.Untuk menangani perubahan dalam dunia pekerjaan ini,pendidikan guru teknologi memainkan faktor terpenting.Cabaran ini kepada guru teknologi ialah untuk melahirkan tenaga manusia yang mampu menghadapi perubahan dalam dunia pekerjaan.”

(Rashidi Azizan,1995)

Cabaran kepada sistem pendidikan guru teknologi adalah besar sekiranya ingin mencapai tahap negara maju dalam tahun 2020.Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan guru teknologi yang akan membolehkan merancang untuk menuju ke arah cita-cita tersebut.Namun,dengan persaingan yang guru akan hadapi pada tahun-tahun akan datang,sumber manusia yang bakal dilahirkan oleh guru teknologi haruslah mempunyai daya saingan yang peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya.Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi pendidik yang terbaik dan mempunyai moral dan beretika serta teguh dalam nilai agama dan kerohanian yang mantap.

Guru yang celek komputer menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.Memandangkan keperluan ini,Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah mewujudkan pendidikan komputer di sekolah.Peranan komputer bukan sahaja terbatas kepada penggunaannya sebagai alat memudahkan tugas-tugas pentadbiran sekolah,malah dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui perisian-perisian pembelajaran terancang.Guru yang tidak celek komputer akan menghadapi kesukaran melaksanakan beberapa tanggungjawab penting secara berkesan.

Hal ini demikian kerana guru yang tidak berkemahiran akan menyebabkan pemasalahan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu,faktor teknologi yang kian meningkat menyebabkan pelajar kini banyak menggunakan kemudahan internet.Hal ini juga dapat mewujudkan hubungan antara guru dengan murid melalui penggunaan e-mail.Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas waktu sekolah atau waktu cuti persekolahan bagi membincangkan masalah dalam pelajaran melalui e-mail.Penduduk yang berorentasikan teknologi dan nilai-nilai terbaik akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan akan dihormati di peringkat antarabangsa.

2.2 2 Kemahiran bahasa dan komunikasi

Komunikasi sebagai aksi atau komunikasi satu arah menempatkan guru sebagai pemberi rangsangan dan pelajar sebagai penerima rangsangan.Dinamik guru disediakan agar guru berteknologi memperolehi dan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk perkembangan diri selaras dengan pendidikan seumur hidup,mahir berkomunikasi serta sayang dan cintakan negara dijelmakan dalam mata pelajaran yang diajar dalam komponen ini.Antara kandungan dalam dinamik guru adalah kemahiran komunikasi.Kemahiran komunikasi memberi pendedahan kepada kefasihan bahasa,kemahiran “interpersonal” dan kemahiran sosial yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik.

Menurut Gardner (1993 dalam Ramlah Jantan,2004),interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja.Oleh sebab itu,kemahiran interpersonal ini perlu ada dalam diri seseorang guru.Hal ini demikian kerana,hubungan interaksi antara guru dengan pelajar sangat penting kerana dapat guru merupakan orang yang hampir dengan pelajar disekolah serta gurulah tempat mereka rujuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berkomunikasi juga penting dalam proses pedagogi yang melibatkan kaedah tanya jawab.Kaedah tanya jawab ini memerlukan komunikasi yang baik antara guru dengan pelajar.Kaedah ini juga,ialah satu cara penyajian bahan pelajaran melalui bentuk pertanyaan yang perlu dijawab oleh pelajar.Sekiranya kurang komunikasi antara guru dengan pelajar,hal ini akan mendatangkan masalah semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.

Kementerian juga telah meneruskan usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan universiti-universiti berprestij dalam dan luar negara sebagai salah satu usaha menaik taraf Institut Pendidikan Guru (IPG),malah meningkatkan pembangunan kapasiti para pensyarah dan melahirkan guru siswazah yang berkemahiran.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan dari segi kemahiran bahasa ialah melatih guru atau menggalakkan guru mempelajari bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jermin,Bahasa Jepun,Bahasa Manderin dan sebagainya.Hal ini demikian kerana,bagi memastikan pelajar berpeluang mempelajari bahasa lain selain bahasa Inggeris.Hal ini juga,dapat memudahkan guru berinteraksi dengan guru yang datang dari luar negara.

2.2.3 Kemahiran motivasi

Seseorang guru itu juga harus mempunyai kemahiran motivasi.Hal ini demikian kerana,guru yang mempunyai sifat dalaman yang tinggi dapat mampu menangani masalah pelajar dan meningkatkan semangat pelajar untuk belajar.Selain itu,kemahiran motivasi juga penting kepada guru sendiri kerana sekiranya guru menerima kritikan orang atasan, ini dapat dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan semangat membina kepada guru tersebut.Antara kemahiran yang boleh meningkatkan motivasi pelajar ialah menggunakan teknik bercerita dan mengemukakan soalan yang mencabar.Tambahan pula,sekiranya bahan pelajaran yang disampaikan menarik,kemungkinan besar motivasi belajar pelajar akan semakin meningkat.

Terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan oleh guru iaitu motivasi yang datang dari dalam diri pelajar iaitu ‘motivasi instrisik’ seperti persaingan,autonomi,keinginan,cabaran dan usaha.Apabila melibatkan motivasi instrisik,biasanya seseorang itu gemar dan bergembira dengannya manakala motivasi yang berada di luar diri pelajar disebut ‘motivasi ekstrinsik’ seperti pemberian hadiah dan hukuman.Menurut Ryan dan Deci (2001 dalam Suppiah N,2009),motivasi instrisik biasanya menghasilkan prestasi yang meningkat,kreativiti dan penghargaan kendiri.

Oleh hal yang demikian,guru perlu ada kemahiran motivasi ini dalam proses pedagogi dengan menggabungkan kedua-dua motivasi bagi membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan berkesan.Hal ini demikian kerana,dapat membangkitkan rasa ingin tahu dan secara tidak langsung akan menggerakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif.Kesediaan guru yang penuh motivasi dan mahir dalam ilmu pengetahuan subjek yang diajar merupakan faktor yang harus dimilikinya.Mewujudkan motivasi adalah sangat penting untuk mengekalkan minat mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Personaliti pendidik

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu haruslah mempunyai personaliti atau sahsiah diri yang baik.Hal ini demikian kerana,personaliti ini perlu ditunjukkan dan dipraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan dan perbuatan pendidik menjadi teladan bagi murid-murid.Bagi melahirkan guru yang berkesan ialah individu yang dapat menghormati antara perkataan,ucapan,perintah serta larangan dengan tindakan yang dapat dipandang dengan mata.Segala perbicaraan,saranan dan nasihatnya harus benar-benar dapat dipercayai,digunakan sebagai pegangan dan pedoman serta gerak-geri diperhatikan dan dicontohi.

2.3.1 Bertanggungjawab dan ikhlas

Penyebar ilmu memainkan peranan penting dan memikul satu tugas berat kerana dianggap sebagai sebagai suatu amanah Tuhan kepada manusia.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bertanggungjawab dan amanah kepada tugas yang dipikul.Di samping itu,seseorang pengajar perlu ikhlas terhadap Allah S.W.T,tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.Oleh hal yang demikian,gaji atau pendapatan bagi pendidik perlu diterima dan diharuskan,tetapi gaji bukan menjadi matlamat utama bagi bergelar seorang guru.Menurut Iman Al-Ghazali (1996), niat memainkan peranan utama sebagai asas dalam proses pengajaran.

Wajib membetulkan niat murid-murid,maka wajib juga membetulkan niat guru bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar adalah lebih mulia daripada ibadat belajar”

(Abdul Salam Yussof,2003)

Selain itu,seorang pendidik perlu menilai tujuan dan perkhidmatannya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T semata-mata.Hal ini dipandang dari dua sudut.Pertama,guru ialah sebagai khalifah Allah S.W.T dan seterusnya tugas beliau sebagai pelaksanaan ibadah kepada Allah S.W.T demi mencari keredhaan dan menghampiri diri kepada Tuhan.Oleh hal yang demikian,keadaan seperti ini dapat memurnikan tugas mendidik dan membimbing murid-murid.

Sebaliknya,jika seorang pendidik itu menjalankan tugas mengajar hanya sekadar untuk mendapat gaji semata-mata atau kelayakan pasti hal ini akan melunturkan nilai-nilai pendidikan bahkan merosakkan taraf sebagai seorang pendidik.Oleh hal yang demikian,bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu tidak sepatutnya memandang bahawa dia telah berjasa kepada muridnya.Sebaliknya guru perlu bersyukur dan menghargai murid-murid apabila telah berhasil mendidik dan menyucikan jiwa mereka bertepatan dengan hidayah.

2.3.2 Komitmen

Menurut Slavin (1997),kesungguhan guru dalam proses keberkesanan pengajaran bergantung kepada empat faktor iaitu kualiti pengajaran,aras pengajaran,insentif dan masa.Keempat-empat faktor tersebut perlu ada dalam diri guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan.

Kualiti pengajaran sememangnya sangat penting semasa proses pembelajaran.Kualiti pengajaran merujuk kepada kualiti maklumat dan kemahiran guru dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar mudah memahami pelajarnya.Hal ini demikian bermaksud,segala maklumat yang diperoleh sewaktu menyampaikan mestilah terbaharu dan terkini.Disamping itu,isi kandungan pembelajaran mestilah mudah dan padat bagi memudahkan pelajar memahami setiap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Aras pengajaran pula merujuk kepada kebolehan guru memberi makna kesesuaian pengajaran dengan kebolehan pelajar dan kesediaan pelajar untuk belajar yang baharu.Hal ini bermaksud guru haruslah peka dan bijak dalam meneliti setiap kebolehan pelajar.Hal ini demikian kerana,untuk menggelakkan prestasi pelajar merosot.Di samping itu,guru perlu meneliti setiap tahap keberkesanan pengajaran yang diajar.Jikalau pengajaran yang diajar tidak sesuai dan mendatangkan kesusahan kepada pelajar,guru perlu menukar dan mencari idea baru untuk memastikan setiap maklumat sampai kepada pelajar.

Faktor insentif adalah merujuk kepada kebolehan guru yang memotivasi pelajar untuk terus belajar,menyiapkan kerja rumah serta tugas lain.Hal ini merupakan salah satu faktor yang boleh menarik minat pelajar untuk terus belajar.Kebolehan guru dalam memotivasikan pelajar akan meningkatkan kesedaran pelajar bahawa pentingnya ilmu kepada kehidupan.

Faktor yang terakhir adalah masa.Masa sememangnya penting kepada guru dan juga pelajar.Guru yang menitikberatkan soal masa merupakan guru yang sangat menghargai setiap masa yang diperuntukan.Setiap guru mestilah peka terhadap masa yang telah diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana,masa yang sesuai dapat menjamin proses pedagogi berjalan dengan baik dan berkesan.Penentuan masa boleh mempengaruhi minat dan meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang.Akal yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat justeru itu,masa pembelajaran yang akan dibentuk mestilah sesuai dengan keadaan pelajar dan pengajar terutama dari segi masa yang bersesuaian dengan kecerdasan dan kesegaran otak.Guru yang berketerampilan adalah guru yang memanfaatkan setiap masa yang ada dengan melakukan perkara yang boleh meningkatkan prestasi dan mutu pembelajaran.

2.4 Variasi gaya mengajar

Menurut Syaiful Bahri Djamarah (2000),variasi pada dasarnya meliputi variasi suara,variasi gerakan anggota badan dan variasi perpindahan posisi guru dalam kelas.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,variasi-variasi tersebut perlu ada pada diri seorang guru.Variasi tersebut dilihat sebagai sesuatu yang bertenaga,bersemangat dan memiliki relevan yang baik.Perilaku guru seperti itu dalam proses interaksi edukatif akan menjadi dinamik dan mempertinggi komunikasi antara guru dengan pelajar,menolong penerimaan bahan pengajaran dan memberi stimulasi.Terdapat beberapa variasi gaya mengajar ini antaranya ialah variasi suara,penekanan,gerakan anggota badan dan pindah posisi.

2.4.1 Variasi suara

Variasi suara melibatkan suara guru dalam mengawal kelas.Antara variasi suara adalah intonasi,nada dan sebagainya.Guru yang berketerampilan perlu menggunakan variasi tersebut dengan mengaitkan suatu peristiwa dengan menunjukkan hal-hal yang dianggap penting.Hal ini demikian kerana,seseorang guru itu perlu melihat keadaan sekeliling semasa proses pembelajaran berlaku supaya semasa mengajar guru tersebut mengetahui untuk bercakap secara pelahan atau secara tajam dengan pelajar sekiranya mereka kurang memberi tumpuan sewaktu dalam kelas dan sebagainya.

2.4.2 Variasi penekanan

Variasi penekanan pula amat penting kepada guru.Hal ini demikian kerana,adalah untuk memfokuskan perhatian pelajar pada suatu aspek penting atau aspek kunci.Oleh sebab itu,guru perlu menggunakan penekanan secara verbal misalnya “perhatian baik-baik!”,ini adalah bahagian yang sukar”.Penekanan seperti ini biasanya dikombinasikan dengan gerakan anggota badan.Hal ini demikian kerana,dapat menarik perhatian murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

2.4.3 Gerakan badan

Seterusnya adalah gerakan anggota badan yang perlu diberi perhatian.Sememangnya pergerakan guru sangat penting sewaktu dalam kelas.Hal ini demikian kerana,variasi gerakan anggota badan seperti mimik,gerakan kepala atau badan merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi.Gerakan anggota badan bukan hanya untuk menarik perhatian sahaja,malah menolong menyampaikan erti pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

2.4.4 Pindah posisi

Variasi pindah posisi dalam ruangan kelas pula amat penting kerana dapat membantu menarik perhatian pelajar dan meningkatkan keperibadian guru.Perpindahan posisi dapat dilakukan dari muka ke bahagian belakang,dari sisi ke kanan atau di antara pelajar dari belakang ke pelajar.Di samping itu,dapat juga dilakukan dengan posisi berdiri kemudian berubah menjadi posisi duduk.Perubahan posisi ini harus ada tujuannya dan bukan sekadar mundar-mandir yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Keterampilan mengelola kelas

Masalah utama yang dihadapi oleh guru baik permulaan mahupun yang sudah berpengalaman adalah mengelola kelas.Pengelolaan kelas merupakan masalah yang kompleks.Pengelolaan kelas bermaksud suatu proses mengawal tingkah laku pelajar serta memelihara keadaan pembelajaran yang optimal dan mengembalikan apabila terjadi gangguan dalam proses interaksi edukatif.

Antaranya ialah penghentian tingkah laku pelajar yang menyeleweng perhatian di dalam kelas,pemberian ganjaran sekiranya penyelesaian tugas disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan atau penetapan norma kelompok yang produktif.Oleh sebab itu,seseorang guru itu perlu bijak dalam mengelola kelas supaya proses pedagogi berjalan lancar dan efektif.Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan dalam mengelola kelas.Antaranya ialah pendekatan kekuasaan,ancaman,kebebasan,pengajaran,pengubahan tingkah laku dan sosioemosi.

2.5.1 Pendekatan kekuasaan

Pendekatan kekuasaan merujuk kepada peranan guru sewaktu dalam proses ini adalah mencipta dan mempertahankan situasi disiplin dalam kelas.Disiplin adalah kekuatan kepada pelajar untuk mentaatinya.Pendekatan ancaman pula merujuk kepada pelaksanannya dilakukan dengan cara memberi ancaman misalnya,melarang,mengejek,menyindir dan memaksa.Pendekatan kebebasan adalah suatu proses membantu pelajar untuk merasa bebas mengerjakan sesuatu bila dan dimana sahaja.Peranan guru adalah perlu mengusahakan semaksimal mungkin kebebasan pelajar.

2.5.2 Pendekatan pengajaran

Seterusnya adalah pendekatan pengajaran.Pendekatan ini berdasarkan kepada suatu anggapan bahawa perancangan dan pelaksanaan akan mencegah berlakunya masalah tingkah laku pelajar dan pemecahan diperlukan apabila masalah tidak boleh dicegah.Pendekatan ini menggalakkan tingkah laku guru supaya dapat mencegah atau menghentikan tingkah laku pelajar yang tidak baik.Oleh hal yang demikian,peranan guru mestilah merancang dan mengimplementasikan pelajaran yang baik kepada pelajar.Pendekatan pengubahan tingkah laku lebih kurang sama ertinya dengan pendekatan pengajaran iaitu mengembangkan tingkah laku pelajar yang baik dan mencegah tingkah laku yang kurang baik.

2.5.3 Pendekatan sosioemosi

Pendekatan sosioemosi dalam pengelolaan kelas merupakan suatu proses menciptakan suasana sosioemosi yang positif dalam kelas.Selain itu,sosioemosi yang positif bererti adanya hubungan positif antara guru dengan pelajar,antara pelajar dengan pelajar.Oleh hal yang demikian,guru adalah kunci terhadap pembentukan peribadi dan peranannya adalah menciptakan hubungan positif yang baik.

Pengelolaan kelas ini memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.Antara kebaikan kepada pelajar ialah mendorong pelajar mengembangkan tanggjungjawab individu terhadap tingkah laku dan mengawal diri sendiri.Di samping itu,membantu pelajar mengetahui tingkah laku yang sesuai dengan tata tertib kelas dan memahami bahawa teguran guru merupakan suatu peringkatan dan bukan kemarahan.

Antara kebaikan kepada guru pula adalah dapat mengembangkan pemahaman dalam pengajian pelajaran dengan pembukaan yang lancar dan kecekapan yang tepat.Di samping itu,dapat mempelajari cara merespon secara efektif terhadap tingkah laku pelajar yang suka menganggu.Selain itu,guru dapat memiliki strategi yang lebih komprehensif yang dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar sekiranya berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh hal yang demikian,untuk melahirkan guru yang berketerampilan,pendekatan-pendekatan yang telah diterangkan di atas perlu ada pada setiap guru bagi menjana dan memperkasa pendidikan yang lebih berkesan.

2.6 Kemahiran membuka dan menutup pelajaran

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu mestilah mempunyai keterampilan membuka dan menutup pelajaran.Komponen membuka dan menutup pelajaran adalah untuk meningkatkan perhatin,menimbulkan motivasi,memberi acuan melalui pelbagai usaha,membuat kaitan atau hubungan antara pelajaran dengan pengalaman serta pengetahuan yang telah dikuasai oleh pelajar.

Kemahiran membuka adalah perbuatan guru untuk mencipta dan mempersiap dari segi mental dan menimbulkan perhatian pelajar agar berpusat terhadap perkara yang diajari.Kemahiran menutup pelajaran merupakan kegiatan yang dilakukan semasa mengakhiri pelajaran.Menutup pelajaran juga dimaksudkan dengan memberi gambaran keseluruhan mengenai perkara yang telah dipelajari kepada pelajar.Selain itu,adalah untuk mengetahui tingkat pencapaian pelajar serta tingkat keberhasilan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara kaedah yang perlu dilakukan oleh guru sebelum menutup pelajaran adalah mengulangi kembali mengenai perkara yang penting atau memberitahu kunci bahan pelajaran yang diberikan.Hal ini dapat dilakukan setiap selesai memberikan satu konsep atau pada akhir pelajaran.Di samping itu,melalui beberapa pertanyaan atau setelah memberi bahagian-bahagian dari satu topik,seseorang guru itu perlu menjelaskan kembali bahan peelajaran yang baharu sahaja dibincangkan.Hal ini demikian dapat meningkatkan pemahaman pelajar mengenai perkara yang telah diajar.

Bagi menjadikan kemahiran menutup pelajaran lebih baik,seseorang guru itu perlu melakukan arahan atau meminta pelajar mendemonstrasikan kembali pelajaran yang baharu sahaja diterangkan.Selain itu,guru boleh meminta pelajar mengaplikasikan konsep atau idea baru pada situasi yang berbeza.Hal ini demikian kerana,dapat melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.

3.0 Kesimpulan

Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan memupuk perpaduan kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara.Menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan,memperkukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar secara seimbang,kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pendidikan.

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,berwawasan,beretika dan mempunyai sahsiah yang baik,seseorang guru itu perlu sentiasa siap sedia menerima segala cubaaan dan dugaan yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.Tambahan pula,keadaan masa kini yang semakin hari semakin berubah dek kerana arus permodenan yang semakin pesat,seseorang guru itu perlu bersedia dari segi mental,jasmani,intelek dan sosial.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh dan berketerampilan.Oleh hal yang demikian, dengan adanya kaedah pedagogi yang terancang serta pendekatan-pendekatan yang telah dijelaskan,hal ini dapat melahirkan bakal pemimpin anak bangsa yang berketerampilan,berkemahiran dan profesional.

Bibliografi

Abdul Salam Yussof (2003).Imam Al-Ghazali pendidikan berkesan.Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008).Falsafah pendidikan dan kurikulum.

Tanjong Malim:Quantum Books.

Al-Ghazali (1996).Ihya` Ulum Ad-din.Beirut:Darul Kutub.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004).Psikologi pendidikan pendekatan kontemporari.Malaysia:McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd.Noor (1995).Pendidikan guru:Cabaran,falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul.Selangor:Masa Enterprise.

Syaiful Bahri Djaramah (2000).Guru dan anak didik dalam interaksi edukatif.Jakarta:PT Rineka Cipta.

Suppiah Nachiappan,Kamarulzaman Kamaruddin,Abd. Aziz Abd.Shukor,Ramlah Jantan,Roslinda Mustapha,Hazalizah Hamzah,et al.(2009).Pembelajaran dan perkembangan pelajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Slavin (1997).Kesungguhan guru dalam proses pengajaran.Diperoleh pada Februari 10,2010 daripada http://www.scribd.com/doc/2272585/Guru-profesioanal-1.

Standard guru Malaysia(SGM) (2009).Diperoleh pada Februari 23,2010 daripada http://pemulihan3m9.blogspot.com.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


walaupun karangan nie xseberapa.....aku tetap bersyukur setelah bertungkus lumus menyiapkannya.....'

disediakan oleh Shabariah binti Safie